Monitor Viewsonic XG2530 Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM 1999

Monitor Viewsonic XG2530 Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM 1999

Diterbitkan pada Mei 18, 2017 oleh .

Monitor Viewsonic XG2530 memasuki pasaran Malaysia minggu ini. Ia mensasarkan golongan gamer tegar. Ia dilengkapi skrin 25″ dengan resolusi 1080P. Ia turut mempunyai kadar segar-semula 240Hz dengan masa tindak balas sepantas 1ms.

Dengan sokongan AMD FreeSync, paparan permainan video akan sentiasa lancar walaupun ketika sedang bertempur dengan sengit di alam maya. Dari segi input pula ia mempunyai satu port HDMI 2.0, satu port HDMI 1.4, satu DisplayPort 1.2, dua USB 3.0 type B, satu USB 3.0 type A dan satu bicu audio 3.5mm. Dua pembesar suara 2 Watt turut disertakan.

Harga jualan monitor ini ialah RM 1999 sebuah. Bermula hari ini sehingga 22 Mei, pembeli XG2530 menerusi Lazada akan turut menerima sebuah tetikus SteelSeries Gaming Mouse Rival 300 dan Steam Wallet bernilai RM400.


TIPS & ULASAN