Cari @ Amanz

EDKLMyEG merupakan salah satu jenama yang tidak asing bagi pengguna tempatan. Melalui MyEG, mereka menyediakan perkhidmatan kerajaan secara atas-talian, termasuk untuk memperbaharui cukai jalan, membayar bil dan sebagainya. Terkini, MyEG mengesahkan yang mana mereka dalam perbincangan untuk mengambil-alih atau mendapatkan pegangan dalam salah satu laman makanan tempatan, Eat Drink KL.

Eat Drink KL telah dimulakan pada 2009 yang lepas, dan diterajui oleh Sean Yoong, bekas wartawan Associated Press. Melalui laman berkenaan, ia berkongsikan akan mengenai makanan, serta tempat makan menarik yang boleh dikunjungi anda sekitar Kuala Lumpur.

MyEG sendiri sebelum ini telah melabur dalam perkhidmatan televisyen atas-talian dinamakan Hurr TV. Menurut laporan daripada The Edge, sekiranya pengambil-alihan Eat Drink KL ini berlaku, maka ia akan diletakkan dibawah syarikat pelaburan sama, MyEG Capital Sdn Bhd.

Arena digital tempatan sendiri dilihat semakin mendapat perhatian akhir-akhir ini, termasuk MediaPrima yang telah mengambil-alih Rev Asia pada harga mencapai RM105 juta baru-baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd