ESL Akan Strim Kandungan E-Sukan Eksklusif Di Facebook

ESL Akan Strim Kandungan E-Sukan Eksklusif Di Facebook

Diterbitkan pada Mei 19, 2017 oleh .

Facebook sedia menarik pelbagai penerbit kandungan untuk menerbitkan dan menggunakan platform sosial terbesar berkenaan dalam menawarkan rancangan khusus melaluinya. Terkini, hari ini platform berkenaan berjaya menarik jenama e-sukan terbesar dunia, iaitu ESL.

ESL mengumumkan yang mana mereka akan mula menstrim perlawanan langsung e-sukan bermula dengan Counter-Strike Global Offensive, selain mana turut akan menerbitkan sejumlah kandungan khusus untuk Facebook. Ini termasuk rancangan mingguan eksklusif selama 30-minit, dan sebagainya.

Perkara ini juga secara tidak langsung akan membolehkan Facebook menarik peminat e-sukan yang kini lebih tertumpu di Twitch untuk menggunakan Facebook.

Berkongsi mengenai statistik, ESL mengatkan kandungan mereka pada tahun lepas di Facebook telah menjana lebih 2 bilion tontonan, dan mencapai 200 juta pengguna seluruh dunia. Dengan kerjasama eksklusif ini, semestinya ESL menyasarkan kadar capaian yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.


TIPS & ULASAN