Cari @ Amanz

Pada minggu ini, Google telah mengumumkan penawaran aplikasi Google Assistant untuk iPhone. Seperti biasa, ia menawarkan rekaan yang minimalis daripada Google, serta mengintegrasikan ia bersama enjin carian Google, termasuk pelbagai perkhidmatan Google lain. Pekrara ini semestinya mengembirakan ramai pengguna tegar perkhidmatan Google di iPhone, termasuk memudahkan mereka menguruskan pelbagai dengan lebih mudah.

Walaubagaimanapun, secara realitinya, untuk pengguna iPhone, berkemungkinan Google Assistant tidak akan memberikan persaingan yang tinggi untuk Siri daripada Apple. Ini kerana terdapat beberapa kekangan untuknya, termasuk kerana:

Google Assistant

Anda perlu memuat-turunnya daripada Apple AppStore. Sementara Siri hadir terbina pada iPhone sejak pertama kali anda menjalankannya. Satu-satunya kaedah mendapatkan Google Assistant adalah dengan memuat-turun ia daripada App Store. Ini adalah kebiasaan untuk pelbagai aplikasi pihak ketiga. Proses membuat carian aplikasi, memasang, dan menggunakannya sebagai ganti untuk Siri mungkin membuatkan penggunaannya tidak begitu tinggi berbanding Siri.

Tidak boleh mengaktifkan Google Assistant dengan menekan butang Home di iPhone. Untuk memulakan Siri pada iPhone, anda hanya perlu tekan butang Home untuk seketika, atau boleh mengatakan “Hey, Siri” untuk mengaktifkannya. Dengan Google Assistant, anda perlu sama ada menggunakan widget pintas pada bahagian kiri iPhone, atau melalui aplikasi Google Assistant sendiri. Perkara ini juga mungkin memberikan ketidak-selesaan untuk pengguna iPhone menggunakan Google Assistant senantiasa.

Tidak boleh mengakses tetapan dan fungsi asas iPhone melalui Google Assistant. Siri sering digunakan ramai pengguna iPhone dalam membuat beberapa perkara seperti menetapkan penggera, Airplane Mode, dan sebagainya. Sementara itu, jikalau dibandingkan, Google Assistant tidak boleh mengakses tetapan pada iOS, mahupun membuat peringatan atau mencari rakan-rakan melalui arahan suara. Dibawah ekosistem iOS, Siri dilihat diintegrasikan dengan lebih menyeluruh, dan seperti tidak memberikan sebab untuk memasang Google Assistant. Pengguna masih boleh membuat panggilan dan sebagainya, tetapi memerlukan beberapa langkah tambahan pada Google Assistant, berbanding dengan Siri yang boleh dilakukan dengan mudah.

Tidak boleh melancarkan aplikasi, atau mengakses kandungan seperti gambar Seperti dikatakan sebelumnya, Siri diintegrasikan pada tahap sistem operasi, membolehkan ia turut digunakan untuk melancarkan aplikasi yang terpasang pada telefon pintar dengan arahan suara, mahupun membuka album gambar. Berbeza dengan Google Assistant, ia hanya diintegrasikan sesama produk Google seperti YouTube, dan GMail sahaja.

Tidak mudah digunakan dalam kenderaan. Siri diintegrasikan secara mendalam ke sistem kenderaan melalui sokongan Bluetooth. Pengguna boleh menekan butang Home pada iPhone, atau menekan butang khusus pada stering kenderaan dan menyebut sesuatu arahan untuk Siri. Walaubagaimanapun, untuk Google Assistant, ia tidak mempunyai integrasi pada tahap ini – membuatkan ia mungkin tidak selesa untuk digunakan dalam kenderaan.


Walaubagaimanapun, sekiranya anda menggunakan produk dibawah ekosistem Google secara meluas, maka mungkin menggunakan Google Assistant pada iPhone adalah untuk anda. Sebaliknya, ia mungkin tidak begitu selesa, dan menyukarkan beberapa perkara jikalau dibandingkan dengan Siri.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, adakah anda akan memilih memasang Google Assistant sekiranya ia ditawarkan untuk pengguna di Malaysia kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd