Cari @ Amanz

Di dalam dunia anime, Neon Genesis Evangelion adalah antara yang paling terkenal dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada penontonnya. Ramai di kalangan peminat mendambakan peluang untuk memandu robot gergasi Eva. Namco Bandai akan memenuhi impian mereka dengan menghasilkan permainan arked realiti maya Evangelion: The Throne of Souls.

Permainan arked ini menggabungkan peranti realiti maya dan juga kerusi yang bergerak mengikut aksi yang dipaparkan pada skrin. Tiga kerusi dirangkai bagi membolehkan tiga pemain bekerjasama menentang musuh yang menyerang Jepun. Bagi yang berminat mencubanya, permainan ini akan diletakkan di VR Zone Shinjuku pada penghujung musim panas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd