Sony XZ Premium Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan, 25 Mei

Sony XZ Premium Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan, 25 Mei

Diterbitkan pada Mei 19, 2017 oleh .

Pada acara Mobile World Congress bulan Februari lepas, Sony telah mempertontonkan telefon pintar berspesifikasi tinggi mereka dengan skrin 4K, iaitu Xperia XZ Premium.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada resolusi 4K dan dengan sokongan HDR. Ia dijana menggunakan cip Snapdragon 835, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan mencapai 64GB. Turut menjadi fokus pada telefon pintar ini adalah sokongan kamera, dimana kamera utama 19-megapixel f/2.0 padanya boleh merakamkan video gerak-perlahan 960fps.

Sony Malaysia menjadualkan pengenalan peranti berkenaan untuk media pada 25 Mei 2017 ini. Bersama-sama dengannya, satu lagi peranti Xperia dijangka akan diperkenalkan oleh pihak Sony, berkemungkinan adalah Xperia XA1 Ultra.


TIPS & ULASAN