CPU HEDT AMD Mungkin Dinamakan Threadripper/Ryzen Threadripper
AMD

CPU HEDT AMD Mungkin Dinamakan Threadripper/Ryzen Threadripper

Diterbitkan pada Mei 20, 2017 oleh .

Beberapa hari lalu, kami telah melaporkan bahawa AMD akan mengumumkan siri CPU baru untuk segment High End Desktop (HEDT) yang dinamakan AMD Threadripper. Pada waktu itu, ramai yang menyangka bahawa nama Threadripper ini adalah nama kod untuk CPU tersebut, dan akan dinamakan Ryzen 9 sewaktu pengumuman rasminya di acara Computex nanti.

Menurut TechPowerUp, yang membuat panggilan ke pihak AMD, nampaknya syarikat tersebut mengesahkan bahawa nama Threadripper tersebut bukanlah kod nama untuk cip pemprosesan HEDT ini, tetapi sebuah jenama dibawah nama AMD Ryzen.

Ini bermaksud ada kemungkinan bahawa cip pemprosesan HEDT dari AMD akan hadir dengan nama AMD Threadripper/Ryzen Threadripper dan bukan AMD Ryzen 9 seperti yang disangka orang ramai. Selain dari itu, AMD dan syarikat-syarikat pembina komponen PC juga bakal menunjukkan papan induk khusus untuk CPU Threadripper ini di acara Computex nanti.


TIPS & ULASAN