(Ura-Ura) Oppo Menghentikan Peranti Siri Find Dan N

(Ura-Ura) Oppo Menghentikan Peranti Siri Find Dan N

Diterbitkan pada Mei 20, 2017 oleh .

Oppo mendominasi pasaran telefon pintar di China tahun lalu peranti siri R mereka. Jualan amat memberangsangkan dengan peningkatan jualan mencapai tiga angka di beberapa pasaran dunia. Tetapi sekiranya anda ingat Oppo memasuki pasaran Malaysia dengan N1 dan Find 7 (yang berkongsi spesifikasi dengan OnePlus 1).

Ura-ura dari China kini mengatakan Oppo akan menghentikan pengeluaran peranti siri Find dan N. Sambutan ke atas siri R dan F yang kini dikenali ramai menjurus kepada keputusan mereka ini. Sekiranya ura-ura ini adalah benar ia tidaklah mengejutkan.

Kali terakhir peranti siri Find dihasilkan ialah Find 7 pada tahun 2014. Bagi siri N pula ialah N3 juga pada tahun 2014.. Peranti utama keluaran Oppo berkemungkinan besar akan di bawah siri R dengan R11 yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

TIPS & ULASAN