Giliran ExtraTorrent Pula Menghentikan Operasi

Giliran ExtraTorrent Pula Menghentikan Operasi

Diterbitkan pada Mei 22, 2017 oleh .

Tahun lalu laman KickAssTorrent dan Torrentz menghentikan operasi selepas menerima amaran dari pemilik harta intelek. Kematian dua laman Torrent popular ini berlaku selepas beberapa nama besar cetak rompak atas talian seperti YIFY turun mengumumkan persaraan. Minggu lalu ExtraTorrent mengikuti jejak KickAssTorrent dan Torrentz dengan menghentikan operasi.

Laman ExtraTorrent sekarang hanya memaparkan mesej di atas. Kesemua data laman telah dipadam dan pada waktu yang amaran diberikan untuk menjauhi laman lain yang menggunakan nama ExtraTorrent. Selain laman, kumpulan cetak rompak ETRG juga telah dibubarkan. Sungguhpun begitu kumpulan ettv dan EtHD akan terus beroperasi dengan fail torrent dikongsikan di laman torrent yang lain.


TIPS & ULASAN