Cari @ Amanz

Serangan ransomware WannaCry minggu lalu cukup menggemparkan dunia kerana menyebabkan fail peribadi dihalang akses oleh pengguna selagi wang tebusan tidak dibayar. Setakat ini lebih 200,000 komputer di 150 buah negara, terkesan oleh serangan ini.

Hari ini pihak Kaspersky Lab berkongsi statistik sistem operasi manakah yang menjadi mangsa utama. Amat mengejutkan 98.35% mangsa didapati menggunakan Windows 7. Windows 7 x64 Version mencatatkan jumlah tertinggi dengan 60.35% diikuti oleh Window 7 dengan 31.72%. Pengguna Windows 10 boleh menarik nafas lega kerana hanya 0.03% komputer yang menggunakan sistem operasi ini menjadi mangsa. Dengan kata lain silalah menggunakan sistem operasi terkini dengan dikemaskini dengan kerap bagi mengelakkan diri menjadi mangsa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd