Moto G5 Plus Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 29 Mei

Moto G5 Plus Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 29 Mei

Diterbitkan pada Mei 22, 2017 oleh .

Lanjutan daripada minggu lepas, hari ini pihak Lenovo Malaysia telah mula menghantar jemputan kepada para media tempatan untuk acara pelancaran peranti Moto G5 Plus. Daripada jemputan yang dihantar, ia dilihat mungkin hanya Moto G5 Plus sahaja yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan di bawah keluarga peranti Moto G5.

Moto G5 Plus

Moto G5 Plus membawakan spesifikasi pertengahan, tetapi dilengkapi dengan binaan berasaskan kepada logam. Moto G5 Plus menggunakan skrin 5.2-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip Snapdragon 625, dan memori sehingga 4GB RAM. Peranti ini menggunakan kamera belakang 12-megapixel f/1.7, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Harga dan tarikh jualan untuk telefon pintar ini dijangka diumumkan oleh Lenovo Mobile Malaysia pada 29 Mei ini.


TIPS & ULASAN