Cari @ Amanz

GitHub sedia menjadi salah satu laman utama yang dikunjungi ramai pembangun dalam membangunkan perisian dan kod, termasuk memantau perubahan pada kod dengan lebih mudah. Hari ini, GitHub mengumumkan kemaskini pada platform mereka, termasuk memperkenalkan kedai terbina yang dinamakan sebagai GitHub Marketplace.

Melalui GitHub Marketplace, ia membolehkan para pengguna untuk mempercepatkan lagi pembangunan perisian, aplikasi dan sebagainya. Pengguna boleh mendapatkan atau membeli sebarang tool atau kod yang dibangunkan oleh pihak lain, dan menggunakannya dalam pembangunan mereka.

GitHub mengatakan mereka ingin memudahkan proses pembangunan oleh para pembangun untuk hadir dengan penawaran perisian dan aplikasi yang berjaya.

Buat masa ini, tiga kategori disediakan di GitHub Marketplace, iaitu Code Quality, Code Review, Continuous Integration, Mentoring, dan Project Management.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd