Cari @ Amanz

Rovio sebelum ini telah hadir dengan filem menggunakan watak-watak Angry Birds yang menyaksikan ia berjaya memberikan impak kepada jenama, dan secara langsung menambah jualan permainan mereka. Kini, syarikat Rovio dilihat merancang untuk hadir dengan filem sekuel untuknya, dan menyasarkan untuk menayangkan ia menjelang September 2019 kelak.

Rovio mengatakan Angry Birds Movie 2 ini kelak akan diterbitkan oleh Columbia Pictures dan diedarkan oleh Sony Pictures.

Jalan cerita dan sebagainya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Selain daripada perancangan untuk filem ini, Rovio juga dilihat sedang melihat kepada beberapa jenama baru, termasuk telah melancarkan Battle Bay baru-baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd