Inisiatif Kembara MyDigitalMaker Memperlihatkan Inovasi Teknologi Kepada Pelajar Luar Bandar

Inisiatif Kembara MyDigitalMaker Memperlihatkan Inovasi Teknologi Kepada Pelajar Luar Bandar

Diterbitkan pada Mei 23, 2017 oleh .

Sekolah merupakan salah sebuah tempat-tempat yang terbaik untuk menunjukkan kanak-kanak Inovasi yang terbaru di alam teknologi, akan tetapi, tidak semua sekolah mempunyai peluang untuk berbuat demikian kerana faktor-faktor seperti lokasi dan kewangan.

MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) bersama-sama PINTAR Foundation telah mengumumkan inisiatif Kembara MyDigitalMaker untuk memberi pendedahan kepada 100,000 para pelajar sekolah-sekolah di luar bandar dan kurang berkemampuan di semenanjung Malaysia.

Konsep Kembara MyDigitalMaker ini menggunakan sebuah has yang diubahsuai untuk dijadikan sebuah unit pembelajaran mudah-alih yang boleh menunjukkan para pelajar dan juga guru-guru teknologi-teknologi yang terbaru di alam digital.

Syarikat-syarikat yang menjadi rakan kongsi industri MyDigitalMaker ini termasuklah Microsoft Malaysia, Google Malaysia, Sasbadi, Maker21 dan sebagainya. Mereka akan membantu mencipta modul pembelajaran yang merangkumi topik robotics, animasi, realiti maya, pengaturcaraan aplikasi mudah alih, percetakan 3D dan lain-lain.

Siri jelajah Kembara MyDigitalMaker bermula pada hari ini di SMK Kompleks KLIA di Nilai, dan akan merantau sekitar semenanjung Malaysia, di negeri-negeri seperti Selangor, Johor, Perak dan sebagainya sehingga bulan November 2017 nanti.

Menurut PINTAR Foundation, mereka juga akan hadir dengan bas yang kedua, yang akan digunakan untuk merantau di sekolah rendah pula.

Selain dari inisiatif Kembara ini, MDEC juga sedang dalam proses menaikkan hub MyDigitalMaker di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia, dan ia akan membenarkan para pelajar belajar dan mengalami sendiri teknologi-teknologi baru di dunia pada bila-bila masa sahaja.

Hub-hub MyDigitalMaker ini akan ditubuhkan dibeberapa sekolah di daerah-daerah seluruh Malaysia, dan para pelajar dari sekolah lain juga boleh datang ke sekolah tersebut untuk melihat dan mengikuti aktiviti-aktiviti yang disediakan.


TIPS & ULASAN