Cari @ Amanz

Peranti mewah tidak mampu milik ialah sinonim dengan jenama Vertu. Mereka baru sahaja melancarkan sebuah lagi telefon mudah alih yang dijual pada harga yang mampu dimiliki golongan bangsawan. Vertu SIGNATURE Cobra sesuai dengan nama diberikan kerana mempunyai rekaan ular pada bahagian tubuhnya.

Sebuah Vertu SIGNATURE diberikan sentuhan mewah oleh Boucheron, sebuah syarikat barang kemas mewah di China. Keunikan SIGNATURE Cobra ialah ular pada kerangka yang ditatah dengan 436 butir batu delima dan dua butir batu zamrud.

Bagi yang berminat mereka boleh meletakkan wang pendahuluan berjumlah RMB 1000 (~RM 623) untuk peranti yang dijual pada harga RMB 2.47 (~RM 1.54 Juta). Hanya lapan Vertu SIGNATURE Cobra dihasilkan dan pembeli kemudian boleh meminta ia dihantar menggunakan helikopter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd