Cari @ Amanz

Disember tahun lalu Nokia memfailkan saman ke atas Apple kerana penyalahgunaan paten milik mereka. Kes ini diselesaikan di luar mahkamah dengan Apple bersetuju mematerai perjanjian perlesenan baru dengan Nokia.

Apple Pay

Nilai perjanjian terbaru ini walaubagaimanapun tidak diumumkan. Nokia akan menerima wang pendahuluan ke atas teknologi yang digunakan oleh Apple serta bayaran tambahan mengikut jualan peranti-peranti di masa hadapan. Pada waktu yang sama peranti Withings yang dimiliki Nokia turut dijual semula di Apple Store sebagai sebahagian dari perjanjian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd