Meizu M5C Dilancarkan – Peranti Kelas Pertengahan Dengan Kerangka Polikarbonat

Meizu M5C Dilancarkan – Peranti Kelas Pertengahan Dengan Kerangka Polikarbonat

Diterbitkan pada Mei 23, 2017 oleh .

Peranti kelas pertengahan Meizu M5c dilancarkan di China hari ini. Ia dilengkapi skrin 5″ HD, diperkasakan pemproses 1.3 Ghz empat teras MediaTek 6737, memori sebesar 2 GB RAM dan storan sebesar 16 GB. Bagi yang memerlukan storan tambahan, kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte disokong.

Pada bahagian belakang disertakan kamera sebesar 8-Megapixel f/2.0 manakala pada bahagian pula disertakan kamera selfie sebesar 5-Megapixel. Ia masih menggunakan Android Marshmallow dengan pelancar Flyme. Bateri sebesar 3000 mAh disertakan sebagai sumber kuasa. Keseluruhan tubuh pula diperbuat daripada bahan polikarbonat dengan lima pilihan warna.. Bagi yang memerlukan pengimbas cap jari, ia disertakan pada bahagian dagu peranti. Tiada maklumat mengenai harga setakat ini.


TIPS & ULASAN