BlackBerry KEYone Kini Boleh Dipra-Tempah Pada Harga RM2688

BlackBerry KEYone Kini Boleh Dipra-Tempah Pada Harga RM2688

Diterbitkan pada Mei 23, 2017 oleh .

BlackBerry boleh dikatakan salah satu jenama yang kian dilupakan ramai. Selepas BlackBerry 10, pihak BlackBerry kini nampaknya tidak lagi memfokuskan kepada sistem operasi tersendiri, dan kini beralih kepada penggunaan Android sepenuhnya. Dan sekiranya anda inginkan peranti Android dengan papan kekunci fizikal, maka, BlackBerry KEYone mungkin jawapan bagi anda.

BlackBerry KeyOne

BlackBerry KEYone hadir dengan skrin bersaiz 4.5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 625, memori 3GB RAM, dan menggunakan papan kekunci fizikal bersama dengannya. Telefon ini turut menggunakan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Berbeza dengan kebanyakkan pengeluar peranti Android, BlackBerry KEYone hadir dengan antaramuka asal Android tanpa penambahan drastik. Walaubagaimanapun, pihak BlackBerry menambah beberapa aplikasi khusus seperti BlackBerry Hub, BlackBerry Calendar, dan sebagainya – selain memfokuskan kepada kelebihan sekuriti melalui peranti ini.

BlackBerry KeyOne

Di Malaysia, beberapa penjual, termasuk DirectD telah mula menawarkan BlackBerry KEYone ini untuk dipra-tempah pada harga RM2688. Ia dikatakan akan hadir secara rasminya bermula penghujung Mei 2017 ini.


TIPS & ULASAN