Xiaomi Melancarkan Fon Telinga USB-C Dengan Peredam Bunyi Aktif Yang Diperbuat Daripada Titanium

Xiaomi Melancarkan Fon Telinga USB-C Dengan Peredam Bunyi Aktif Yang Diperbuat Daripada Titanium

Diterbitkan pada Mei 23, 2017 oleh .

Tidak seperti pengeluar lain, Xiaomi tidak menyertakan fon telinga dengan pembelian peranti mereka. Dengan Mi 6, Xiaomi membuang bicu audio dan akan menggunakan port USB-C sebagai sambungan audio utama. Oleh itu hari ini fon telinga dengan sambungan USB-C dilancarkan.

Fon telinga  ini diperbuat daripada titanium bagi mengurangkan berat tetapi mengekalkan ketahanan. Ia turut menyokong sistem peredam bunyi aktif (active noise cancellation) bagi memastikan audio yang didengari jelas tanpa sebarang gangguan dari luar. Terdapat alat kawalan terbina pada wayar dengan luaran yang disulam tahan lasak. Akhir sekali fon telinga ini menerima sentuhan komposer Luca Bignardi untuk talaan bunyi yang terbaik. Harga jualan fon telinga ini ialah RMB 299 (~RM 186) sepasang.


TIPS & ULASAN