Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S8 menawarkan tiga sistem nyahkunci yang menggunakan imbasan biometeri cap jari, wajah dan anak mata. Diantara ketiga-tiga sistem ini, imbasan mata adalah yang dikatakan paling sukar dipintas kerana ia mengimbas secara tiga dimensi. Tetapi sistem ” ini akhirnya berjaya dipintas oleh Chaos Computer Club  yang berpangkalan di Berlin.

Untuk memintas wajah pengguna diambil menggunakan mod malam. Gambar bahagian mata kemudian dicetak dan sebuah kanta lekap diletakkan di atas gambar anak mata tersebut. Apabila gambar ini diletakkan di hadapan Galaxy S8, peranti menyahkunci secara automatik.

Pihak Samsung telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kerentanan sistem imbasan mata mereka dan sedang berusaha untuk memperbaikinya bagi memastikan ia tidak akan dapat dipintas menggunakan teknik di atas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd