Cari @ Amanz

Kebiasaannya jualan permainan video memuncak di dalam bulan-bulan pertama ia dilancarkan sebelum mula berkurangan. Tetapi GTA V bukanlah permainan video biasa dan jualannya masih lagi menunjukkan peningkatan walaupun sudah terjual sejak 2013.

Pihak Take Two Interactive mengumumkan jualan GTA V kini sudah mencecah 80 Juta unit. Ini adalah peningkatan dari 60 Juta yang diumumkan Februari tahun lalu. Jualan terus meningkat kerana kepopularan GTA Online yang kerap memberikan kandungan baru secara percuma. Kerana keuntungan yang berterusan ini, pihak Take Two tidak perlu memaksa Rockstar Games untuk mengeluarkan Red Dead Redemption 2 dengan tergesa-gesa sehingga ia dibenarkan ditangguh ke tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd