Honor 6A Dilancarkan – Peranti Mampu Milik Dengan Pemproses Snapdragon 430

Honor 6A Dilancarkan – Peranti Mampu Milik Dengan Pemproses Snapdragon 430

Diterbitkan pada Mei 24, 2017 oleh .

Honor 6A dilancarkan di China semalam dan ia sebuah peranti kelas permulaan mampu milik. Ia dilengkapi skrin 5″ HD, diperkasakan pemproses Snapdragon 430, memori 2/3 GB RAM dan storan 16/32 GB. Bagi yang memerlukan storan tambahan, ia menyokong kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte.

Kemampuan kamera pula ialah kamera utama sebesar 13-Megapixel dan kamera selfie 5-Megapixel. Sebuah bateri sebesar 3020 mAh menjadi sumber kuasa kepada peranti yang mempunyai kerangka logam sepenuhnya dan dicas menggunakan slot MikroUSB.

Sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat disertakan pada bahagian belakang dan bicu audio pada bahagian atas. Sistem operasi Android 7.0 digunakan dengan pelancar EMUI 5.1. Empat warna ditawarkan iaitu emas,biru, ros merah dan perak. Di China ia akan dijual bermula 1 Jun hadapan dengan  harga jualan bermula dari RMB 799 (~RM 499) sebuah.


TIPS & ULASAN