FSP Memperkenalkan PSU Hydro PTM+ – Unit Bekalan Kuasa Dengan Penyejuk Cecair

FSP Memperkenalkan PSU Hydro PTM+ – Unit Bekalan Kuasa Dengan Penyejuk Cecair

Diterbitkan pada Mei 24, 2017 oleh .

Jika tahun lepas menyaksikan banyak komponen-komponen PC hadir dengan teknologi pencahayaan LED RGB, nampaknya tahun ini giliran sistem penyejuk pula. Setakat ini, kami pernah melihat papan induk dan kad grafik yang menyokong teknologi ini, dan kini, nampaknya giliran unit bekalan kuasa.

FSP, sebuah syarikat pembuat unit bekalan kuasa yang berasal dari Taiwan kini hadir dengan sebuah PSU yang dinamakan FSP Hydro PTM+ yang dilengkapi dengan sokongan untuk sistem penyejukan cecair khusus. PSU ini mampu memberikan bekalan kuasa sebanyak 1200W, dan jika anda menggunakan sistem penyejukan cecair untuk menyejukkannya, kuasa yang dibekalkan oleh PSU ini naik sehingga 1400W, dan hadir dengan pensijilan 80 Plus Platinum untuk bekalan kuasa yang sangat cekap.

Jangan khuatir jika anda hanya ingin menggunakan bekalan kuasa ini seperti sedia ada, kerana ia juga hadir dengan kipas penyejuk biasa. Menariknya, kipas ini tidak akan berpusing jika komputer anda hanya memerlukan bekalan kuasa yang kurang dari 600W.

Buat masa ini, masih tiada tarikh pengeluaran ataupun harga yang diberikan oleh pihak FSP, tetapi mereka telah mengesahkan bahawa PSU ini akan hadir di acara Computex di Taiwan nanti.


TIPS & ULASAN