iPhone SE Ialah Peranti Dengan Tahap Kepuasan Pengguna Tertinggi

iPhone SE Ialah Peranti Dengan Tahap Kepuasan Pengguna Tertinggi

Diterbitkan pada Mei 24, 2017 oleh .

Setiap peranti di pasaran mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. iPhone 7 Plus misalnya mempunyai tahap ketahanan bateri terbaik pernah kami lihat tetapi mengambil masa hampir 3 jam untuk dicaj semula kerana tiada sokongan pengecasan pantas. Oleh itu tahap kepuasan pengguna di antara peranti adalah berbeza.

Menurut kaji selidik yang dilakukan oleh American Customer Satisfaction Index (ACSI), peranti dengan tahap kepuasan tertinggi ialah iPhone SE. Ia menerima 87 markah dari 100 di kalang penggunanya. Peranti di tangga kedua pula juga mengejutkan kerana ia adalah Galaxy S6 Edge+. Kedua-dua peranti di tangga teratas ini tidak mempunyai spesifikasi yang tinggi berbanding peranti semasa.

Pihak ACSI menjalankan kaji selidik dengan menemubual 36,194 pelanggan di antara Mei 2016 sehingga April 2017. Adakah anda berpuasa hati dengan peranti yang digunakan sekarang? Berapakah markah yang anda akan berikan sekiranya ditemubual ACSI?


TIPS & ULASAN