Cari @ Amanz

Pada awal bulan ini vivo telahpun mengumumkan peranti terkini mereka iaitu vivo V5s yang ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu emas, hitam dan juga Rose Gold namun tidak semua warna tersedia untuk dimiliki. Pada hari ini mereka telah mengumumkan kesediaan peranti tersebut khususnya untuk warna Rose Gold.

Bermula hari ini, vivo V5s berwarna Rose Gold boleh diperoleh di semua rangkaian pengedar vivo yang sah diseluruh Malaysia. vivo V5s membawakan fungsi selfie menggunakan kamera hadapan 20MP dengan teknologi soft light bagi menghasilkan gambar selfie yang menarik. Ia juga membawakan kapasiti storan sebesar 64GB dan RAM sebanyak 4GB.

vivo V5s merupakan peranti kelas pertengahan dan dijual pada harga RM 1,299. Ia turut ditawarkan dengan pelan khusus menerusi Maxis dan Digi. Anda boleh memilikinya secara percuma jika melanggan pelan P138 dari Digi, atau serendah RM 1 menerusi Maxis Zerolution.

Selain itu anda juga boleh mendapatkan peranti vivo yang lain iaitu vivo Y66 dari Digi dan vivo Y55s dari Maxis dengan tawaran yang menarik. vivo Y66 yang ditawarkan pada harga asal RM 999 boleh diperolehi dari Digi serendah RM 329 manakala vivo Y55s yang asalnya beharga RM 753.77 ditawarkan pada RM 1.

Dengan tawaran warna baru Rose Gold untuk vivo V5s, ia memberikan lebih pilihan untuk pengguna menyesuaikan penggunaan peranti dengan identiti serta personaliti tersendiri, apatah lagi warna Rose Gold mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Penafian: Advertorial dari vivo Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd