Facebook Kini Membolehkan Anda Membuat Siaran Langsung Video Bersama Rakan Lain

Facebook Kini Membolehkan Anda Membuat Siaran Langsung Video Bersama Rakan Lain

Diterbitkan pada Mei 24, 2017 oleh .

Facebook sedia menawarkan ciri membuat penstriman langsung melalui Facebook Live sebelum ini, tetapi ia hanya terhad kepada anda membuat penstriman langsung hanya berseorangan sahaja – atau bersama rakan lain, sekiranya anda bersama rakan anda di tempat sama sahaja.

Kini, Facebook membawa perubahan, dan memudahkan anda membuat penstriman langsung dengan rakan lain – walaupun berada di lokasi yang berbeza. Ia secara kasar berfungsi seumpama Google Hangouts, dimana anda boleh menjemput rakan lain untuk menyertai penstriman video anda.

Ciri ini dinamakan sebagai “Live With”, dan ditawarkan untuk pengguna peranti iOS sahaja buat masa ini. Facebook memaparkan ia dalam bentuk Picture-in-Picture sekiranya menggunakan paparan secara menegak, atau bersebelahan dengan strim anda sekiranya secara melintang.

Selain daripada “Live With” ini, pihak Facebook juga kini menawarkan sokongan “Live Chat” – yang mana membolehkan anda menjemput sejumlah rakan-rakan untuk berbual mengenai sesuatu perkara secara tertutup mengenai penstriman yang dilakukan, sekaligus memudahkan input dan idea perbualan ditambah dalam bentuk masa-nyata.


TIPS & ULASAN