Uber Menawarkan Pembelian Buah Kurma Yusuf Taiyoob Melalui Aplikasi Mereka Esok, 25 Mei

Uber Menawarkan Pembelian Buah Kurma Yusuf Taiyoob Melalui Aplikasi Mereka Esok, 25 Mei

Diterbitkan pada Mei 24, 2017 oleh .

Uber sering hadir dengan promosi khusus bersempena sesuatu acara atau bulan. Kini, bersempena dengan bulan Ramadhan yang menjelang tiba, Uber akan menawarkan kemudahan untuk membeli buah kurma Yusuf Taiyoob melalui aplikasi mereka pada 25 Mei 2017 ini.

Uber YuTa Kurma

Bermula 11 pagi hingga 5 petang pada 25 Mei 2017 ini, pengguna boleh membuka aplikasi Uber, dan membuat permohonan untuk UberYuta. Seperti biasa, permintaan untuknya dijangka tinggi, dan mungkin ada yang tidak akan berjaya mendapatkannya.

Uber YuTa Kurma

Uber akan mengenakan caj sebanyak RM5 untuk penghantaran set buah kurma Yusuf Taiyoob ini, dimana ia akan dihantar terus ke lokasi anda.

Bagi anda yang menggunakan Uber, mungkin boleh cuba memohon buah kurma Yusuf Taiyoob ini melalui aplikasi Uber esok.


TIPS & ULASAN