Cari @ Amanz

Seperti dijanjikan, kini Konami telah pun menerbitkan permainan sukan bola sepak popular mereka, PES 2017 untuk peranti mudah-alih, iaitu Android dan juga iOS. Permua ini ditawarkan secara percuma, tetapi hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi.

Melalui PES 2017 untuk Android dan iOS, ia dioptimasikan untuk peranti mudah-alih, membolehkan anda mengawal pemain dan memenangi perlawanan dengan menggunakan skrin sentuh serta alat-kawalan maya. Disamping itu, pengguna juga turut boleh membina pasukan lawan mereka dalam memenangi liga dan sebagainya.

PES 2017 juga turut mengintegrasikan sokongan untuk bersaing dengan rakan-rakan lain secara masa-nyata secara atas-talian.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android atau iOS, dan meminati permainan bolasepak, mungkin boleh memuat-turun permainan ini dan memainkannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd