Cari @ Amanz

Garmin amat sinonim dengan peranti boleh-pakai yang digunakan golongan yang mementingkan kesihatan tubuh badan. Mereka kini menerjah masuk ke arena penghasilan kamera 360 darjah tahan lasak dengan pelancaran Garmin VIRB 360. Kamera ini mampu merakam video 360 darjah pada resolusi 4K/30FPS dan gambar statik pada tetapan 15-Megapixel.

Tubuh tahan lasak ini kalis air dan tahan dibenam sehingga kedalaman 10-Meter. Bateri yang disertakan memberikan tempoh rakaman sehingga 60 minit. Sokongan Wi-Fi, Bluetooth, ANT+ dan NFC turut diberikan bagi memudahkan ia ditambat pada peranti pintar. Hanya peranti Android dan iOS disokong buat masa ini. Garmin VIRB 360 akan dijual pada bulan Jun dengan harga $799.99 (~RM 3422) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd