Xiaomi Mi Max 2 Dilancarkan Dengan Snapdragon 625 Dan Bateri Sebesar 5300 mAh

Xiaomi Mi Max 2 Dilancarkan Dengan Snapdragon 625 Dan Bateri Sebesar 5300 mAh

Diterbitkan pada Mei 25, 2017 oleh .

Bagi peminat peranti dengan skrin yang besar, Xiaomi Mi Max 2 dilancarkan hari ini. Seperti tahun lalu ia dilengkapi skrin sebesar 6.44″ dengan resolusi 1080P. Pemproses tahun ini ialah Snapdragon 625, memori 4 GB RAM dan storan 64/128 GB. Kemampuan kamera pula ialah 12-Megapixel pada bahagian belakang dan 5-Megapixel pada bahagian hadapan. Kamera utama menggunakan sensor Sony IMX386.

Paling menarik tahun ini ialah bateri yang amat besar 5300 mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0 melalui port USB-C. Menurut Xiaomi bateri boleh dicas sehingga 68% dalam masa hanya sejam. Dengan saiz bateri yang besar ini, peranti boleh digunakan sehingga dua hari.

Dari segi rekaan ia lebih dibulatkan berbanding model tahun lalu. Ia masih lagi menggunakan butang navigasi kapasitif pada bahagian dagu, pengimbas cap jari pada panel belakang dan pemancar infra merah. Sistem audio stereo disokong dengan penggunaan dua pembesar satu di bahagian hadapan dan satu pada bawah. Rekaan antena juga dikemaskini pada bahagian belakang untuk membuatkannya kelihatan lebih menarik.

Harga jualan untuk model 4GB/64 ialah RMB 1699 (~RM 1057) manakala model 4G/128GB pula ialah RMB 1999 (~RM 1244).

 


TIPS & ULASAN