Cari @ Amanz

Hanya beberapa hari sebelum acara Computex, Acer melancarkan dua komputer riba baru mereka. Acer Nitro 5 dan Spin 1 adalah komputer riba yang mensasarkan dua segmen berbeza. Kita mulakan terlebih dahulu dengan Acer Nitro 5 yang mensasarkan golong gamer santai.

Ia dilengkapi skrin 15.6″ 1080P, pemproses Intel Core i7/i5 Kaby Lake, memori sehingga 32 GB RAM, storan SSD sehingga 512 GB dan HDD sehingga 2 TB. Terdapat dua pilihan kad grafik iaitu Nvidia GeForce GTX 1050 Ti atau AMD Radeon RX550. Dari segi pilihan I/O pula terdapat satu sambungan USC-C, dua USB 2.0, satu USB 3.0 dan satu HDMI 2.0. Sokongan audio Dolby Premium turut disertakan. Komputer riba ini dijual pada harga bermula $799 (~RM 3417).

Acer Spin 1 pula dilengkapi skrin 11.6″ 1080P, pemproses Intel Celeron/Pentium, memori 4 GB RAM dan storan 32/64/128 GB eMMC. Komputer riba 2 dalam 1 ini mempunyai skrin yang boleh dilipat 360 darjah bagi mengubahnya menjadi sebuah tablet. Ia menyokong Acer Active Stylus1 untuk melakar terus pada permukaan skrin. Pilihan I/O ialah satu USB 3.1, satu USB 2.0, satu HDMI dan satu pembaca kad MikroSD. Bateri yang digunakan mampu memberikan hayat penggunaan sehingga 8 jam. Acer Spin 1 akan dijual bermula Julai pada harga $329 (~RM 1407) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd