Cari @ Amanz

Idea yang baik boleh membayarkan keuntungan kepada orang pertama yang memikirkannya. Tetapi memastikan idea dapat menjana wang, ia terlebih dahulu perlu dipatenkan bagi mengelakkan ia dicuri. Oleh itu Samsung didapati mempatenkan dua idea untuk tablet dan jam tangan pintar.

Paten pertama ialah sebuah tablet dengan skrin yang boleh digulung. Apabila diperlukan skrin boleh ditarik keluar mengikut kehendak pengguna. Paparan skrin boleh berubah secara dinamik dan reaktif seperti laman web bagi memaparkan imej dengan betul.

Paten kedua adalah jam tangan pintar dengan sebuah kamera pada bahagian tengah. Kamera ini mempunyai kemampuan zoom bagi mengambil gambar dengan lebih terang. Turut di dalam paten ini ialah tali jam yang mempunyai skrin terbina.

Samsung sudahpun menghasilkan skrin boleh gulung, lipat dan lentur. Kedua-dua paten ini mungkin difailkan bagi memastikan teknologi skrin mereka boleh digunakan pada peranti sebenar di masa hadapan. 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd