Cari @ Amanz

Xiaomi Mi Max 2 dilancarkan hari ini dan mengekalkan skrin sebesar 6.44″. Tubuh peranti dikemaskini dengan rekaan lebih bulat bagi membuatkannya lebih selesa dipegang di samping sokongan audio stereo serta pengecasan port USB-C. Aneh sekali pemproses Snapdragon 625 digunakan dan ia lebih rendah berbanding Snapdragon 650 tahun lalu. Tetapi kapasiti bateri dipertingkatkan ke 5300 mAh yang memberikan ketahanan sehingga dua hari.

Mari lihat perbandingan Mi Max 2 dengan Sony Xperia XA1 Ultra dan Oppo R9S Plus. Ketiga-tiga peranti ini dilengkapi skrin yang besar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd