Cari @ Amanz

Microsoft sedia mempunyai perkhidmatan penstriman langsung untuk permainan mereka dinamakan sebagai Beam sebelum ini. Hari ini, Microsoft mengumumkan evolusi untuk platform berkenaan, termasuk penjenamaan semula perkhidmatan berkenaan kepada Mixer.

Mixer

Bersama penjenamaan semula ini, Microsoft turut memperkenalkan aplikasi mudah-alih untuk peranti mudah-alih yang kelak akan menyokong penstriman permua. Sementara untuk Mixer di PC pula, kini selain strim permainan secara berseorangan, pengguna juga turut boleh strim bersama rakan-rakan lain – sehingga 4 orang pada waktu yang sama.

Microsoft turut menekankan yang mana platform mereka menawarkan penstriman langsung sebenar tanpa perbezaan masa sekitar 10 saat seperti platform lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd