Samsung Pay Kini Menyokong Kad Kredit Dan Debit Daripada RHB

Samsung Pay Kini Menyokong Kad Kredit Dan Debit Daripada RHB

Diterbitkan pada Mei 26, 2017 oleh .

Samsung Pay merupakan kemudahan untuk membayar pembelian pelbagai barangan di kedai-kedai sekitar Malaysia terus menggunakan telefon pintar Samsung, tanpa mengeluarkan kad fizikal anda dari dompet. Ia telah diperkenalkan sejak beberapa bulan lepas, dan beberapa bank disokong melaluinya.

Kini, pihak Samsung Malaysia dilihat menambah satu lagi bank tempatan dibawah Samsung Pay, iaitu RHB. Sekiranya anda menggunakan kad debit atau kredit daripada bank RHB, anda boleh menggunakan ia bersama Samsung Pay – sekaligus memudahkan lagi proses pembayaran anda.

Buat masa ini, Samsung Pay disokong melalui perantiGalaxy S8, Galaxy S8+, Galaxy S7 Edge, Galaxy S7, Galaxy Note5, Galaxy S6 Edge+, Galaxy A7(2017), Galaxy A5(2017), Galaxy A7(2016), Galaxy A5(2016) dan juga Galaxy A9 Pro. Mungkin kita akan melihat sokongan untuk lebih banyak peranti dalam masa akan datang.


TIPS & ULASAN