Rising Storm Game of The Year Edition Kini Boleh Dimuat-turun Percuma Untuk Masa Terhad

Rising Storm Game of The Year Edition Kini Boleh Dimuat-turun Percuma Untuk Masa Terhad

Diterbitkan pada Mei 26, 2017 oleh .

Bagi anda yang meminati permainan berbentuk tembak-menembak, kini anda boleh memuat-turun salah satu permainan menarik, iaitu Rising Storm Game of the Year Edition. Ditawarkan secara percuma oleh Humble Bundle, anda perlu menebusnya sebelum penghujung minggu ini, dan mendapatkan kos Steam untuk dimuat-turun pada sistem operasi Windows.

Rising Storm

Permainan Rising Storm ini mengambil latar tempat sekitar perang-dunia kedua, dan turut boleh dimainkan secara beramai dengan rakan-rakan yang lain.

Kebiasaannya, permainan ini dtawarkan pada harga $19.99, tetapi melalui Humble Bundle, permainan ini ditawarkan secara percuma untuk tempoh terhad sehingga penghujung minggu ini.

Anda yang berminat, boleh ke laman Humble Bundle hari ini, dan menebusnya secara percuma.

Muat-Turun Rising Storm Game of the Year


TIPS & ULASAN