Sebanyak 3 Juta Xiaomi Mi Max Sudah Terjual Setakat Ini

Sebanyak 3 Juta Xiaomi Mi Max Sudah Terjual Setakat Ini

Diterbitkan pada Mei 26, 2017 oleh .

Peranti dengan saiz skrin yang besar membolehkan pengguna menonton video dengan lebih mudah tanpa ia diletakkan terlalu hampir ke muka. Tetapi saiz yang besar ini mendatangkan kesukaran untuk ia digunakan sebelah tangan. Xiaomi Mi Max ialah peranti yang mempunyai saiz skrin terbesar bagi sebuah telefon pintar di pasaran. Model terkininya telah dilancarkan semalam.

Di dalam majlis pelancaran Mi Max 2 semalam, angka jualan Mi Max telah dikongsi oleh Lei Jun, CEO Xiaomi. Setakat ini sebanyak 3 Juta peranti telah berjaya dijual setakat ini dengan 1.5 Juta dijual dalam dua bulan pertama ia dilancarkan. Ini bukanlah angka jualan yang tinggi jika dibandingkan dengan peranti utama tetapi memuaskan bagi peranti niche yang mensasarkan golongan tertentu.


TIPS & ULASAN