Cari @ Amanz

Ubisoft mempunyai beberapa tajuk permainan menarik dan popular dibawah mereka, dan salah satunya adalah Far Cry. Selepas Far Cry Primal pada tahun lepas, kini Ubisoft telah pun mengumumkan Far Cry 5 dan bakal hadir secara rasminya untuk PC, dan konsol pada 27 Februari 2018 kelak.

Far Cry 5 mengambil latar lokasi di Amerika, dan memerlukan pemain mengelak pelbagai cabaran daripada musuh pada era zaman yang menghampiri kepada “kiamat”.

Ubisoft dijangka akan berkongsi lanjut mengenai permainan baru mereka ini pada acara E3 bulan Jun ini. Far Cry 5 akan ditawarkan untuk PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd