Opera Tidak Lagi Membangunkan Aplikasi Untuk iOS?

Opera Tidak Lagi Membangunkan Aplikasi Untuk iOS?

Diterbitkan pada Mei 27, 2017 oleh .

Opera merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam penawaran pelayar web mudah-alih mereka. Mereka sedia mempunyai sejumlah penawaran, termasuk pelayar Opera, Opera Mini, Opera Max untuk Android, dan beberapa yang lain.

Walaubagaimanapun, untuk pengguna iOS, Opera dilihat tidak menawarkan kemaskini untuk beberapa bulan lepas. Dan bertanyakan kepadanya, Opera dilihat mengatakan mereka tidak mempunyai sebarang pembangun yang sedang membangunkan penawaran iOS untuk aplikasi dan perkhidmatan mereka.

Kadang-kala, pembangun aplikasi mengambil langkah untuk mengurangkan sokongan untuk platform yang kurang mempunyai angka pengguna. Berkemungkinan, lebih ramai yang menggunakan Opera pada peranti Android yang memfokuskan kepada penjimatan data dan sebagainya – sementara pengguna iOS mungkin lebih selesa menggunakan Safari dan juga Chrome.

Tiada info lanjut dikongsikan berkenaan dengan Opera untuk iOS buat masa ini. Walaubagaimanapun, Opera masih menawarkan kemaskini semasa untuk Android dan juga versi desktop mereka seperti biasa.

Bagi anda yang menggunakan peranti iOS, adakah anda aktif menggunakan pelayar web Opera?


TIPS & ULASAN