Cari @ Amanz

Seperti dilaporkan sebelum ini, MSociety dari Singapura kini telah pun menerbitkan aplikasi Terawhere dalam bentuk beta untuk pengguna peranti Android. Melaluinya, pengguna boleh menggunakan aplikasi berkenaan untuk berkongsi kenderaan ke solat terawih.

Aplikasi ini terbahagi kepada dua bahagian, dimana membolehkan pengguna menawarkan tempat kosong dalam kenderaan mereka ketika sedang menuju ke solat terawih, dan sebahagian lagi yang membolehkan pengguna untuk memilih membuat tempahan untuk ke masjid yang sama.

Terawhere Beta

Aplikasi ini menggunakan sokongan geolokasi, selain memudahkan perkongsian kenderaan ke sesuatu masjid yang dituju. Walaupun diterbitkan oleh pembangun Singapura, tetapi memandangkan ia beroperasi sebagai aplikasi yang menghubungkan pemandu dan penumpang, maka ia turut boleh digunakan di Malaysia.

Melalui penggunaan aplikasi ini, selain berkongsi kenderaan, pada masa yang sama ia juga turut membolehkan anda berkenalan dengan rakan-rakan baru melaluinya ketika menuju ke masjid. Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun dan mencuba sendiri aplikasi Terawhere ini sepanjang bulan Ramadhan ini.

  • Amaran
  • Anda dinasihatkan berhati-hati ketika menggunakan sebarang aplikasi, termasuk aplikasi perkongsian kenderaan ini.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd