Cari @ Amanz

Jenama Vivo kini semakin dikenali ramai kerana menggunakan Dato Siti Nurhaliza sebagai duta dan kemunculannya di dalam filem pecah panggung seperti Captain Amerika Civil War dan The Martian. Seperti pengeluar lain, Vivo juga nampaknya mengikuti trend semasa mengeluarkan peranti dalam warna Matte Black.

Vivo V5 Plus edisi Matte Black secara rasmi akan mula dijual di Malaysia 1 Jun hadapan. Peranti ini dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, pemproses Snapdragon 625, memori sebesar 4 GB RAM, dan storan 64 GB. Kamera utama pada bahagian belakang sebesar 16-Megapixel dipadankan dengan dwi-kamera selfie 20+8 Megapixel dengan sokongan flash lembut. Peranti ni dijual pada harga RM 1699 sebuah.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd