Cari @ Amanz

“Hey hey anda ingin bergembira dengan Teksi Gila!”. Crazy Taxi ialah permainan video pertama yang kami miliki semasa membeli Sega Dreamcast pada tahun 2000. Sehingga kini sekiranya kami bosan kami akan mengeluarkan konsol klasik ini dari simpanan bagi menikmati permainan arkednya yang menarik.

Bagi yang tidak memiliki Dreamcast, anda boleh menikmatinya dalam versi permua lengkap dengan muzik latar asal dari The Offspring dan Bad Religion. Sekiranya anda memiliki peranti pintar Android atau iOS, anda boleh menikmati Crazy Taxi secara percuma dengan sokongan iklan. Sebelum ini ia perlu dibeli sebelum boleh dimainkan.

Kepada mereka yang tidak mahu diganggu paparan iklan, anda boleh membeli Crazy Taxi pada harga RM 15.99 pada platform Android dan RM 7.90 pada platform iOS. Masa untuk membawa teksi seperti orang hilang akal di sekitar San Francisco!

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd