Google Memudahkan Carian Mengenai Anda Melalui Tab “Peribadi”

Google Memudahkan Carian Mengenai Anda Melalui Tab “Peribadi”

Diterbitkan pada Mei 27, 2017 oleh .

Pada hari ini, ramai yang menggunakan dan menyimpan data pada perkhidmatan Google – seperti melalui GMail, Google Photos, Google Docs, dan sebagainya. Kini, dalam usaha untuk memudahkan lagi proses pencarian data-data dan kandungan milik anda, kini Google turut mengintegrasikan sebuah tab pada pada enjin carian mereka, dinamakan sebagai “Peribadi”.

Tab baru ini terletak dibahagian atas, pada pilihan “Lagi”, bersebelahan dengan tab “Video”, “Gambar”, “Berita” dan sebagainya.

Dengan tab ini, pengguna akan dapat menemui kandungan milik mereka dengan lebih mudah berbanding kebiasaan. Buat masa ini, ia hanya hadir pada versi web sahaja, dan masih belum hadir pada aplikasi Android atau iOS lagi.


TIPS & ULASAN