Bulan Ramadhan menjelang tiba sekali lagi pada 2017 ini, dan dengan perkembangan arena teknologi, semestinya anda ingin uruskan beberapa perkara secara pintar, sekaligus menggunakan telefon pintar anda secara produktif sepanjang bulan Ramadhan ini. Untuk tujuan berkenaan, berikut merupakan sejumlah aplikasi yang boleh membantu anda;
Waktu Solat, Kiblat, Dan Sebagainya
Untuk tujuan mengetahui waktu solat, salah satu aplikasi popular pada peranti mudah-alih adalah Muslim Pro. Menggunakannya, anda boleh menyemak waktu solat semasa dengan mudah, selain turut melihat arah kiblat, dan menggunakan aplikasi sama untuk membaca al-Quran. Bersempena dengan Ramadhan juga, Muslim Pro turut menawarkan sokongan doa khusus bersempena Ramadhan.
- Muat-Turun Muslim Pro untuk iOS
Menguruskan Apa Yang Perlu Dibeli Untuk Sahur Dan Berbuka
Dengan menguruskan apa yang diperlukan untuk sahur dan berbuka, anda dapat mengurangkan pembaziran membeli perkara yang tidak diperlukan. Untuk tujuan berkenaan, anda boleh menggunakan salah satu aplikasi menarik dinamakan AnyList. Melaluinya, ia memudahkan anda menguruskan pembelian barangan runcit atau menguruskan resipi untuk memasak. Menggunakannya, anda boleh merancang untuk membeli apa yang diperlukan untuk sahur dan berbuka bagi tujuan memasak sesuatu makanan yang diinginkan.
- Muat-Turun AnyList untuk iPhone
Bangun Sahur Dengan Penggera Interaktif
Bangun sahur mungkin salah satu perkara yang mencabar. Bagi anda yang sedia mempunyai masalah untuk bangun kepada bunyi penggera jam biasa, mungkin boleh mencuba Rocket Alarm. Melalui aplikasi ini, ia diintegrasikan dengan beberapa ciri-ciri iPhone lain seperti kalkulator, kamera dan sebagainya – dan memerlukan anda menyelesaikan cabaran ringkas sebelum penggera ditamatkan.
- Muat-Turun Rocket Alarm untuk iPhone
Menjadikan Aktiviti Harian Lebih Produktif
Jangan jadikan alasan berpuasa untuk kurang produktif. Gunakan beberapa aplikasi dalam menguruskan aktiviti harian anda dengan lebih produktif, termasuk membina motivasi harian anda untuk melaksanakan lebih tugasan. Disamping itu, aplikasi ini juga membantu anda lebih memfokuskan kepada sesuatu tugasan, selain memberikan notifikasi kepada anda sekiranya masa untuk selesaikan tugasan berkenaan semakin hampir tamat.
- Muat-Turun Productive Habit untuk iPhone
- Muat-Turun Timeglass Countdown Timer untuk iPhone
Uruskan Perbelanjaan Dan Wang Keluar Masuk
Berbelanja tanpa pemantauan akan membuatkan anda terlebih belanja dan boros – sekaligus menjejaskan simpanan anda. Untuk mengelakkan perkara berkenaan, salah satu perkara yang boleh dilakukan aalah menguruskan perbelanjaan dan mencatatkan wang keluar dan masuk. Salah satu aplikasi yang boleh membantu untuk tujuan berkenaan adalah My Tabung daripada Bank Negara Malaysia – membolehkan anda mencatatkan sebarang perbelanjaan, ataupun wang masuk ke simpanan anda.
- Muat-Turun My Tabung untuk iPhone
Selain daripada sejumlah aplikasi ini, terdapat pelbagai aplikasi yang membantu anda menguruskan beberapa perkara sepanjang Ramadhan ini – mahupun selepasnya. Bagi anda sendiri, sekiranya mempunyai sebarang aplikasi menarik, jangan lupa kongsikan ia bersama kami.