Cari @ Amanz

Terdapat beberapa produk yang mungkin salah gunakan logo halal pada penawaran mereka, selain pada masa yang sama juga terdapat pelbagai penyebaran info palsu berkaitan dengan produk halal di laman sosial. Untuk mengatasi kedua-dua perkara ini, selain memudahkan pengguna menyemak status halal sesuatu produk atau perkhidmatan, kini Jakim dan Serunai Commerce telah melancarkan sebuah aplikasi baru dinamakan sebagai Verify Halal.

Melalui Verify Halal, pengguna perlu mengimbas barkod sesuatu produk menggunakan aplikasi ini pada telefon pintar mereka, dan seterusnya, ia akan menyemak produk daripada lebih 6000 syarikat tempatan yang tersenarai melalui aplikasi berkenaan. Selain daripada itu, aplikasi sama juga turut menyemak daripada sekitar 60 badan persijilan lain pada peringkat global.

Aplikasi Verify Halal ini ditawarkan untuk peranti Android sahaja buat masa ini, dan akan menyusul untuk peranti iPhone dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd