Cari @ Amanz

Kad grafik siri MSI Lightning merupakan siri kad grafik yang paling berkuasa dari MSI, dan salah satu kad yang sering digunakan oleh penggemar overclocking untuk mengejar skor penanda-aras yang tertinggi.

Nampaknya MSI bakal mengumumkan kad grafik terbaru siri tersebut di acara Computex yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kad tersebut ialah MSI GeForce GTX 1080 Ti Lightning Z yang akan hadir dengan beberapa ciri-ciri terbaru, termasuklah penggunaan sistem penyejuk TriFrozr, kipas TORX 2.0 dan juga sistem penyalaan RGB Mystic Light yang ditambah-baik.

Spesifikasi-spesifikasi khusus seperti nombor palam kuasa PCIe, jumlah kuasa yang akan digunakan dan juga nilai kelajuan kad ini masih belum diketahui, dan nampaknya ia hanya akan diketahui di Taiwan nanti, apabila MSI mengumumkan kehadiran kad tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd