Carian
Raspberry Pi Dan CoderDojo Bergabung Tenaga Untuk Mempromosi Pengaturcaraan
May 29, 2017 Aman

Raspberry Pi merupakan salah satu penawaran komputer bersaiz kecil yang popular, dan digunakan ramai dalam pembangunan, termasuk dalam industri. Dengan kosnya yang sangat rendah, ia juga digunakan secara meluas untuk pembelajaran.

Terkini, Raspberry Pi Foundation mengumumkan mereka akan bergabung dengan CoderDojo dalam usaha untuk terus mempromosikan pembangunan dan pengaturcaraan di seluruh dunia.

CoderDojo sendiri memfokuskan kepada mempromosi pembelajaran bahasa pengaturcaraan – daripada pembangunan web, sehinggalah kepada pembangunan aplikasi, permainan, dan sebagainya.

Walaupun bergabung, kedua-duanya masih akan beroperasi dengan jenama mereka tersendiri, malah CoderDojo juga akan terus mempromosi pelbagai produk pengaturcaraan dan tidak terhad kepada Raspberry Pi.

https://www.youtube.com/watch?v=z_gcHGa8J1E

Komen