Cari @ Amanz

Pada hari ini, perkhidmatan penstriman video pada bila-bila masa seperti Netflix semakin popular. Menyedarinya, kini idea untuk Netflix bagi kandungan Islamik memfokuskan kanak-kanak sedang dibangunkan, dinamakan sebagai Ali Huda.

Ali Huda

Melalui Ali Huda, perkhidmatan berkenaan ingin menawarkan sejumlah rancangan memfokuskan kepada kanak-kanak, dan mengajar nilai-nilai Islam dalam bentuk yang mudah difahami. Beberapa rakan kerjasama kandungan juga dilihat telah menyertai dan menyatakan sokongan untuk platform baru ini.

Ali Huda masih pada peringkat idea awal, dan sedang mengumpulkan dana untuk pembangunannya melalui laman LaunchGood. Sehingga kini, mereka telah mengumpulkan dana sebanyak $21,551 daripada sasaran untuk $25,000. Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diberikan untuk pelancaran perkhidmatan ini. Sekiranya pengumpulan dana ini berjaya, perkhidmatan Ali Huda ini akan bermula dengan penawaran perkhidmatan berasaskan web sebelum ia diluaskan ke fasa yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd