Cari @ Amanz

Celcom hari ini secara rasminya telah mengumumkan penawaran sejumlah ganjaran menarik mereka untuk para pelanggan prabayar dan pascabayar Celcom sepanjang bulan Ramadhan ini.

Promosi pertama yang ditawarkan adalah Xpax Raya Freebies yang mana khusus untuk para pelanggan prabayar Xpax yang melanggan pakej internet bulanan. Melalui promosi ini, pelanggan Xpax boleh pilih satu ganjaran percuma daripada tiga ganjaran yang disediakan – iaitu antara panggilan percuma tanpa had kepada 10 nombor pilihan, atau 10GB data lewat malam percuma, atau baucar Lazada bernilai RM10 secara percuma.

Celcom Ramadhan

Ganjaran kedua yang disediakan oleh Celcom adalah penawaran kuota tambahan berganda untuk pembelian data lewat malam, Facebook, dan juga Video Walla. Sebagai contoh, sekiranya pengguna membeli data lewat malam harian 1GB bernilai RM1, untuk tempoh promosi ini, pelanggan akan menerima data 2GB pada harga yang sama.

Celcom Ramadhan

Celcom Ramadhan

Ganjaran ketiga yang ditawarkan Celcom adalah penggunaan WhatsApp dan WeChat secara percuma untuk semua pelanggan prabayar dan juga pascabayar – termasuk untuk panggilan video melalui aplikasi ini.

Celcom Ramadhan

Celcom Ramadhan

Selain daripada tiga ganjaran ini, pengguna juga turut disediakan dengan beberapa penawaran lain, termasuk untuk EasyPhone dengan pilihan lebih banyak telefon pintar.

Bagi anda yang menggunakan talian prabayar atau pascabayar Celcom, anda boleh menyemak aplikasi berkenaan untuk menebus ganjaran percuma anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd