Pengasas Google, Sergey Brin Sedang Membina Kapal Udara Terbesar Bagi Kegunaan Misi Kemanusiaan

Pengasas Google, Sergey Brin Sedang Membina Kapal Udara Terbesar Bagi Kegunaan Misi Kemanusiaan

Diterbitkan pada Mei 29, 2017 oleh .

Bulan lalu terdapat laporan Sergey Brin, salah seorang pengasas Google sedang membina sebuah kapal udara. Tiada maklumat mengenai saiz dan kegunaannya pada waktu tersebut. Akhbar The Guardian hujung minggu lalu melaporkan pesawat udara yang bakal dibina ini akan menjadi yang terbesar apabila ia beroperasi kelak.

Pesawat yang mempunyai rekaan ala Zeppelin ini dijangka sepanjang 200 meter. Lebih panjang berbanding pesawat Airlander yang hanya sepanjang 45 meter. Sungguhpun begitu pesawat udara Sergey Brin ini pendek sedikit berbanding Hindenburg yang sepanjang 245.3 meter.

Apabila siap kelap pesawat udara ini akan digunakan di dalam misi kemanusiaan bagi membawa bekalan kepada kawasan yang dilanda bencana alam. Pada waktu yang sama konfigurasinya boleh diubah bagi menjadikannya sebagai “kapal layar udara” mewah untuk kegunaan peribadi Brin. Kos pembinaan dijangka mencecah $150 Juta (~RM 640 Juta).


TIPS & ULASAN